Apakah intermittent fasting?
Ramai yang belum tahu apa maksud sebenar Intermittent Fasting.
Intermittent Fasting bukanlah satu kaedah ‘diet’ tetapi ia lebih kepada satu gaya hidup yang sihat.
Maksud mudah IF;
Anda makan dalam satu tempoh masa dan berhenti makan dalam satu tempoh masa. Mudah kan?
Tempoh masa untuk berpuasa adalah berbeza-beza mengikut kesesuaian gaya hidup anda. Kita akan lihat beberapa contoh jadual intermittent fasting di bawah nanti.
Bagi umat Islam, intermittent fasting juga asasnya sama dengan ibadah puasa sunat atau puasa di bulan Ramadhan. Bezanya cuma semasa IF kita boleh minum air dalam tempoh berpuasa.
Apakah asas intermittent fasting?
Tempoh berpuasa sekurang-kurangnya lebih 12 jam.
Tidak mengambil makanan atau minuman yang meningkatkan gula semasa berpuasa.
Mengapa puasa lebih 12 jam?
Dalam tempoh masa tersebut barulah badan akan menghabiskan simpanan tenaga di hati dan memulakan proses ketosis.
Ini bermakna, badan berubah daripada menggunakan gula sebagai tenaga kepada penggunaan keton (lemak).
Mengapa elakkan makanan atau minuman yang naikkan gula?
Makanan dan minuman yang tinggi gula menyebabkan hormon insulin naik mendadak.
Hormon insulin merupakan hormon yang menyimpan lebihan gula dalam bentuk lemak. Ia juga menghalang proses ketosis..
Apakah ketosis?
Ketosis merupakan proses metabolisma badan yang menggunakan lemak sebagai tenaga.
Ini bermakna, apabila kita berpuasa dan elakkan makanan yang bergula, insulin kekal rendah dan badan akan menyimpan gula bagi kegunaan sel-sel tertentu sahaja.
Manakala majoriti sel dalam badan akan menghasilkan tenaga menggunakan keton yang dihasilkan daripada simpanan lemak dalam badan sebagai sumber alternatif.
Proses ini dipanggil ketosis.
Haa...jelas tak?
Ok! Jom kak Ida nak share.. apa kelebihan bila anda melakukan IF ni?
Kebaikan intermittent fasting
1. Mengurangkan berat badan
Membantu proses mengurangkan berat badan.
Mengurangkan lemak viseral badan.
Mengurangkan rasa lapar.
Mengurangkan nafsu makan (cravings).
2. Mengelakkan penyakit
Meningkatkan sensitiviti insulin badan dan mengelakkan diabetes.
Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengurangkan jumlah kolesterol.
Mengurangkan tekanan darah dan mengawal penyakit darah tinggi.
Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.
3. Pembaikian badan
Meningkatkan tumpuan dan tenaga.
Mengelakkan proses pemusnahan sel.
Merangsang proses pembaikian sel (autophagy) genetik dan DNA.
Meningkatkan fungsi kognitif.
http://wasap.my/60192643089
Nor hasmida khazali
SID 540717
Selain entry saya, boleh baca lagi info mengenai Intermittent Fasting atau IF ni di https://www.bebelsihat.com/2023/02/09/6-aplikasi-intermittent-fasting-turun-berat-lebih-mudah/
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home